Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Restart...


Bermulanya satu cinta,
sebuah hati yang dulunya terbunuh dari semua rasa.
Entah bagai mana ia bermula,
hadirnya bagai pelangi selepas ribut melanda.

Aku sendiri bagaikan tak percaya,
Hadirnya mampu membenihkan semula rasa.

KanKu Ukir NamaMu Di Puncak Tertinggi,
       Tok Menjadi Sinar Hidupku Pasti,
BahagiaKu Pohon Kekal Abadi,
        Bersama Cinta Kita Yang Bersemi. 

Hati Terakhir....
Hati ini pernah terbunuh, kering, hingga hilang semua rasa.

Namun entah bagaimana kehadiranmu bagaikan menyemai semula segalanya.

Biarlah rasa ini kekal selamanya, jangan biarkan ia terbunuh buat sekian kalinya...

Kerna hati terakhir kan terkubur bersama jasadnya.


Grouper Vs Clone Drunken
Assalamualaikum....

Salam Caster...
Lagi Hasil 2018 dengan mengunakan Lure Clone Drunken dari Mohd Amir Khuzairi harga yang berpatutan dan action yang terbaik... Aummm.....

Alhamdulillah... hasil pon boleh la habuan merasa ikan mahal... buat goreng2... Dengan keadaan EkoNomoney sekarang ni.... Tak Cari Tak Makan La Cekk...
Grouper | Lesen Casting 2018

Assalamualaikum....

Sekian Lama Terbiar Akhirnya Ada Cerita Yang Ingin Aku Ceritakan... Hahaaa... (Gelak dulu bersama sama)

dengan lengok ayu aku mempamirkan lesen 2018 yang pertama, dengan mengunakan lure yg diimport dari china,
sekali guna, kena cat semula... adiss... habis keluar cat...
guna cat air gamaknya... Alhamdulillah... ada jugak hasil..

Aummm... Salam Casters...
Angin Timur Ombak Barat

Hidup ini bagaikan pelayar ditengah lautan
Tanpa kemudi dan panduan
Destinasi yang dituju tak mungkin kesampaian

Samudera yang tenang, Takkan menghasilkan Pelaut Yang Handal.

Kuying Thunder BiteCaster
Assalamualaikum....
Berminat pulak dengan Bitecaster ni aku pon survey laa...
banyak feedback ok... siap dapat shallow spool lagi.
makna kata dapat dua spool... harga boleh rujuk sendiri di sini...
KUYING THUNDER barang dari china matawang kekadang berubah..
untuk memudakan rujuk harga boleh download AliExpress App
dalam ni boleh terus convert currency kepada MYR (Ringgit Malaysia)
pada bahagian setting... Bungkusan dia sampai ke destinasi Alhamdulillah
TERBAIK. kemek Sikit ja bahagian bucu.. Boleh Rujuk Video Kat Bawah..
1ST review x pandai lgi... dia ada dua colour.. Biru tu rasanya keluaran Terbaru.


Harga dari AliExpress... Macam Dah Berubah Harga Dia... masa aku beli Order amount:
$ 53.58
  • 1000 series has only one deep spool;
  • 2000 series has a deep spool+ a shallow spool.
  • Brand Name:kuying
  • Fishing Reels Type:Water Drop wheel
  • Position:Ocean Boat Fishing,Ocean Beach Fishing,Ocean Rock Fshing,Lake,Reservoir Pond,River,Stream
  • Model Number:THUNDER
  • Baits Type:Fake Bait
  • Fishing Method:Bait Casting
  • BEARINGS quantity:12+1
  • Shallow Spool Dan Deep Spool

    Amat penting membeli reel mengelakkan spool yang dalam dan sempit. Spool yang dalam dan sempit boleh menyebabkan kurang keseronokkan apabila membuat lontaran. Menambahkan masalah ia juga mungkin akan membuatkan line tangle (berbelit) kerana tali yang keluar dari spool tidak lancar. Ini boleh mengakibatkan tali putus. Kebanyakan reel size 500 dan kebawah akan memberi isu-isu sebegini namun jika anda mampu mengawal cara casting anda maka tidak menjadi isu.

    Spool yang paling seronok untuk lontaran adalah shallow spool. Akan tetapi sehingga masa kini kebanyakkan reel yang mempunyai shallow spool amat mahal. Jadi disini kita harus bertolak ansur dan memadankan dengan reel yang spoolnya tidak begitu dalam seperti reel-reel yang kami syorkan di atas. Yang penting ia mampu memberi kepuasan. [Credit Rujukan]







Belajar Berniaga...
Yooossshhhh....

Assalamualaikum....
Lama sudah kubiarkan berusang laman untuk kulepaskan keluh kesah, ranjau, suka duka kehidupan.
Namun aku masih di sini. masih dengan cara aku...... Hahaa...

Ok... Aku dah mula belajar berniaga sekarang... Printing T-Shirt Jadi Pilihan aku. Alhamdulillah aku ada keluarkan baju dengan design sendiri dan juga mendapat sambutan pelancong...

Harap segala apa yang aku usahakan tidak menjadi sia-sia... doakan aku...


Dunia Hampa

Assalamualaikum....
Pembuka bicara... 
Pencarian jiwa dalam lukisan alam bagaikan hampa
Damai yang dicari sepi yang menyapa
Aku bagaikan hilang punca
Antara cahaya dan dunia
Duniaku...
Dunia Hampa....

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang merubah apa-apa yang ada pada diri mereka ” (QS.13:11)
Mengejar Mentari
Seharian berkejaran,Sedari pagi sampai ke petang,Hadirnya ia dibalik gunung ganang,perginya ia di balik awan..

Mentari Pagi
Sunrise

Mentari Petang
Sunset

untuk paparan terbaik setkan kepada HD di setting menu

Video Time-lapse di records mengunakan Sj7000 Sport cam

Cahayanya
Ku Inginkan Cahaya,
Cuba Bertatih Mendekatinya,
Cahaya Yang Sedari Dulu Terbentang Jalannya,
Namun Cabangnya Berliku Dan Banyak Cobaannya,
Luruskan Aku Untuk Terus Mendekatinya,
Pimpin Aku Ke Jalannya,
Tegur Aku Jika Melencong darinya,
Mengharapkan Istiqamah Dalam Pencariannya....
       -DOA KAN AKU MENDAPATKANNYA-
©Md Iskandar

Dia...

Pertemuan semula yang tidak disangka, mencetus seribu tandatanya. Dengupan kencang sering menyapa, pabila dirinya muncul di depan mata.

Keliru aku turut menyapa, apakah ini perasaan teruja kerana sekian lama tak bersua, atau mainan perasaan remaja yang muncul tiba-tiba.


Keliru aku sunguh keliru....

                      Md iskandar©

Si Penjual Gelang.

Assalamualaikum...

Bila la nak dapat kerja tetap ni.. selalu ja tukar kerja... mana lebat aku sebat... ha Ni keja Baru Aku... Jual Gelang, key chains, dll... Rezeki ma.. Asal halal sudah... aku keja dengan kompeni travle agen, haa... kot ada yang nak sewa keta ka, island hopping ka,  mangroves ka, Nak Pi pulau payar ka bleh la PM aku... nak ticket cable car ngan underwater world pon boleh cari aku... musim cuti biasa la promot sikit... hehee... ok.. Adios...

no image
Assalamualaikum.......
Nampaknya Tahap Kemalasan aku untuk update Blog Ni Makin Menebal... Dah Agak Lama Jugak Blog Ni Dibiarkan Begitu Sahaja Tanpa Sebarang Update... Jadi Hari Ini Tanpa Sebarang Cerita Aku Mengupdate Blog Ni.... Jangan Marah Haa...

Ha... Sekarang Kan masih Dalam Bulan Syawal... Jadi Rasa Belum Terlambat Kot Saya Ucapkan Salam Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin, Kalau Ada Sebarang Kesalaha, Tersakitkan Hati, Terumpat Dll Dalam Penulisan Saya Harap Dimaafkan... 

                         -=PeaCe WoRld=-
                             #R4BIA
Lawatan Ke Pangkalan TLDM Langkawi. (Pertandingan Memancing)
Assalamualaikum....

Hari ini Sabtu, 6/04/2013 Bersamaan 26 Jamadil Awal 1434 Aku Ikut Sorang sahabat baik aku ni pi ke Pangkalan TLDM (Langkawi) Sebap Ada Member Sorang Lagi Ni Masuk Pertandingan Memancing Yang Dianjurkan Pihak TLDM. Sebelum Nak Pi Sana Kami Dua Orang Ni Berenti Kat Kedai Untuk Tapau Apa Yang Patut Member YAng Sorang Lagi Ni Memang Dah Sampai Seawal Yang Boleh Mungkin Takut Terlepas Penyertaan Kot... Sesampai Ja Di Sana Lolz... Ada Gerai Jualan Makanan Rupanya Buat Penat Tapau Ja... Lepastu Kami Cari Member Yang Sorang Ni... Dah Dapat Ke Belum Pon Kami Tak Tanya... Yang Penting Makan Dulu...

Selang Dalam Beberapa Minit Tengah Ashik Dok Makan Joran Member Dah Mengena... Apa Lagi Pertarungan Pon Bermula La... Ikan Yang Dia Berjaya Naikkan Ialah Ikan Sembilang... Seingat aku Dia Bagi Tau Berat Ikan Tu Dalam 600 ke 700 gram. Boleh Dikatakan Besar Jugak La...

Masa Tu Bukan Pertandingan Memancing Saja Diadakan Tapi Mereka Membuka Lawatan Ke Dalam Kapal Perang Juga.. Apa Lagi Time Lima Tak Sempat.. Time Ni La Amik Peluang... Turut Yang Mengambil Bahagian KD Selangor (Malaysia), Kapal Perang Dari Negara Drunei Darussalam, Dan Thailand.


Habis Buat Lawatan Atas Kapal Lepak Balik Dekat Member Yang Dok Memancing Tadi... Nasib Member Yang Sorang Ni Memang Baik... Cabutan Betuah Dia Dapat... Tersenarai Pulak Ikan Dia Talam Top 10... Dia Mendapat Tempat Ke 8 Dalam PErtandingan tu.... Dah Semua Selesai Hampers dah Dapat Hadiah POn Dah Amik Apa Lagi Tunggu Balik La...

Sekian..........................................................................Peace World













no image
Assalamualaikum...

Setelah sekian lama blog ini tak terupdate sebap takda benda yang aku nak ceritakan... tapi hari ini aku nak luahkan sikit la...

Pada tarikh 1 april 2013 aku dah meletakkan jawatan aku sebagai juruteknik dan Jurujual di sebuah kedai. tindakan yang aku buat ni memang tindakan paling gila... tanpa ada sebarang tawaran kerja. Aku pon tak pasti samaada tindakan yang aku buat ni betul ataupon tak.. tapi benda dah lepas.. terima ja la... Namun ada juga sebap - sebap tertentu yang menyebabkan aku tekat mengambil tindakan ini... Dan sekarang aku masih berusaha untuk mendapatkan kerja yang lebih baik...

Aku harap nanti aku mendapat kerja yang lebih terjamin....
no image
Masih Dengan caRa Aku... Jiwa kU Tetap Aku.. Biarpon Terpaksa Menyakitkan Hati Orang, Maaf Aku Tak Peduli Itu Semua, Aku Hanya Hidup dengan Cara Aku.. Tidak Untuk Menyenangkan Semua Orang, Sakitku Aku Sendiri Yang Merasa. Namun Aku Masih Mempunyai Perasaan, Perasaan Yang Kadang Kala Membuatkan Aku Serba Salah...

Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.

no image
Bagaikan layang-layang tidak bertali, bagaikan kapal layar tidak berkemudi, perginya hanya ditiup angin, tanpa tujuan yang pasti... Begitulah fikiran ku kini, entah kemana ia pergi, melayan perasaan yang berbelah bagi, memikirkan kitaran hidupku kini, apa yang bakal ku alami nanti.


Anak...
Assalamualaikum..
Hari ini 8/2/2013 bersamaan 27 Rabiul Awwal 1434.. Aku dikejutkan oleh mak aku.. suruh bawak anak buah aku pi hospital untuk check kuning... Rasa macam anak sendiri pulak... bukan apa... aku pegang dia masa sampai di Hospital sampai la balik dari Hospital... Habis check nurse tu suruh aku bawak baby ni dengan kadar segera ke Hospital besar Langkawi sebap Kuning dia mencecah 200 lebih... jadi hari ini baby dengan mak dia kena tahan di wad... Harap cepat la hilang kuning dia....

Anak bukan tetamu biasa di rumah kita. Mereka telah dipinjamkan untuk sementara waktu kepada kita dengan tujuan mencintai mereka dan menanamkan nilai-nilai dasar untuk kehidupan masa depan yang akan mereka tempuhi – Dr. James C Dobson

no image

Assalamualaikum....
Baru plan nak make-up motor sikit bulan ni... roadtex pulak nak mati... terpaksa la tunda niat nak make-up.. bukan apa nak make-up motor ni saja nak puaskan kehendak hati.. heheee... roadtex pon dah bayar tinggal beberapa hutang pinjaman ja yang belum bayar lagi.... kena la kumpul duit lagi... Zasss...

                                           -=PeaCe For Life=- ™

no image
Hari ni merupakan hari khamis... di mana pada hari ini boss aku buat jamuan makan untuk staff sempena tahun baru cina. Banyak staff dah pakai baju merah-merah.... nak ikut tema la kot... bagi aku tak penting pon bab pakaian ni.... yang penting makan free.. heheheee..... hari ini tutup kedai awal pastu pergi makan.. port... belum diketahui tempatnya... menu dah tahu.. sebap di minta staff cadangkan... aiii... sementara menunggu malam kunjung tiba ni rasa macam nak tidoq pulak... nasib kat tempat kerja... kalau tak.. tak tertulis la blog ni... heheee... ok aku dah tak sabar nak makan free ni... sebap antara keseronokkan di dunia ni salah satu dia makan free... -=PeaCe World=- ™