Showing posts with label Langkawi Island. Show all posts
Showing posts with label Langkawi Island. Show all posts
Restart...


Bermulanya satu cinta,
sebuah hati yang dulunya terbunuh dari semua rasa.
Entah bagai mana ia bermula,
hadirnya bagai pelangi selepas ribut melanda.

Aku sendiri bagaikan tak percaya,
Hadirnya mampu membenihkan semula rasa.

KanKu Ukir NamaMu Di Puncak Tertinggi,
       Tok Menjadi Sinar Hidupku Pasti,
BahagiaKu Pohon Kekal Abadi,
        Bersama Cinta Kita Yang Bersemi. 

Selamat Hari Lahir Mama!!

Selamat Hari Lahir Mama Moga selamat sejahtera Mama di dunia akhirat, dimurahkan rezki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya…
Terima kasih Mama atas segala penat lelah dan pengorbanan Mama, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kami anak2 Mama.. Sungguh, tidak dapat kami balas jasa dan kasih sayang Mama. Setitis peluh, sehela nafas mama, setitis darah mama ketika melahirkan kami itu pun tak dapat kami balas.. moga berbahagialah Mama sentiasa dan moga Allah merahmati Mama selama-lamanya hingga ke syurga…
Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil… amen ya Robb…
Kami sayang Mama! Ya Allah, peliharalah fitrah kasih sayang ini…. amenn…
Hati Terakhir....
Hati ini pernah terbunuh, kering, hingga hilang semua rasa.

Namun entah bagaimana kehadiranmu bagaikan menyemai semula segalanya.

Biarlah rasa ini kekal selamanya, jangan biarkan ia terbunuh buat sekian kalinya...

Kerna hati terakhir kan terkubur bersama jasadnya.


Grouper | Lesen Casting 2018

Assalamualaikum....

Sekian Lama Terbiar Akhirnya Ada Cerita Yang Ingin Aku Ceritakan... Hahaaa... (Gelak dulu bersama sama)

dengan lengok ayu aku mempamirkan lesen 2018 yang pertama, dengan mengunakan lure yg diimport dari china,
sekali guna, kena cat semula... adiss... habis keluar cat...
guna cat air gamaknya... Alhamdulillah... ada jugak hasil..

Aummm... Salam Casters...
Angin Timur Ombak Barat

Hidup ini bagaikan pelayar ditengah lautan
Tanpa kemudi dan panduan
Destinasi yang dituju tak mungkin kesampaian

Samudera yang tenang, Takkan menghasilkan Pelaut Yang Handal.

Belajar Berniaga...
Yooossshhhh....

Assalamualaikum....
Lama sudah kubiarkan berusang laman untuk kulepaskan keluh kesah, ranjau, suka duka kehidupan.
Namun aku masih di sini. masih dengan cara aku...... Hahaa...

Ok... Aku dah mula belajar berniaga sekarang... Printing T-Shirt Jadi Pilihan aku. Alhamdulillah aku ada keluarkan baju dengan design sendiri dan juga mendapat sambutan pelancong...

Harap segala apa yang aku usahakan tidak menjadi sia-sia... doakan aku...


no image

Ku Layarkan Secebisnya Mengikuti Monsun Barat...
Namun Berpatah Balik Dibuai Monsun Timur...

" Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya....."

Mengejar Mentari
Seharian berkejaran,Sedari pagi sampai ke petang,Hadirnya ia dibalik gunung ganang,perginya ia di balik awan..

Mentari Pagi
Sunrise

Mentari Petang
Sunset

untuk paparan terbaik setkan kepada HD di setting menu

Video Time-lapse di records mengunakan Sj7000 Sport cam

no image

Assalamualaikum.... 23 October In Sya Allah Bertemu Kita Esok....  Maka Genab Lah Umur Aku 2Cangkul (27) Alhamdulillah...

Mengharapkan Semoga Diberkati Usia Ini,  Dipanjangkan Umur Dan Dimurahkan Rezeki Serta Bahagia Di Sampimg Keluarga....

KanKu Ukir NamaMu Di Puncak Tertinggi,
       Tok Menjadi Sinar Hidupku Pasti,
BahagiaKu Pohon Kekal Abadi,
        Bersama Cinta Kita Yang Bersemi.
                                        -Md Iskandar-

no image

semalam p pusat rawatan islam, bawak orang buang resedung, owner tempat kata alang2 dah mai check sekali... di bagi test sedut oksigen asli yg dijana dgn mengunakan air Zam2... pastu scan penyakit Pakai mesin quantum apa tah... dia bgi tau smua apa yg kurang dan apa yg lebih dlm badan... pastu check darah perrr... lama x kena smlm tetiba ja kna... seram kot... check gula dalam darah... darah aku kurang manis... kna makan tebu lebih lagi... heheee.... semua yg aku buat ni F.O.C... Jiran Punya Pasal.... Owner tempat tu jiran sebelah rumah.. kira bagi test la... Promotion kot... tp best... (^-^)

Si Penjual Gelang.

Assalamualaikum...

Bila la nak dapat kerja tetap ni.. selalu ja tukar kerja... mana lebat aku sebat... ha Ni keja Baru Aku... Jual Gelang, key chains, dll... Rezeki ma.. Asal halal sudah... aku keja dengan kompeni travle agen, haa... kot ada yang nak sewa keta ka, island hopping ka,  mangroves ka, Nak Pi pulau payar ka bleh la PM aku... nak ticket cable car ngan underwater world pon boleh cari aku... musim cuti biasa la promot sikit... hehee... ok.. Adios...

no image
Assalamualaikum.......
Nampaknya Tahap Kemalasan aku untuk update Blog Ni Makin Menebal... Dah Agak Lama Jugak Blog Ni Dibiarkan Begitu Sahaja Tanpa Sebarang Update... Jadi Hari Ini Tanpa Sebarang Cerita Aku Mengupdate Blog Ni.... Jangan Marah Haa...

Ha... Sekarang Kan masih Dalam Bulan Syawal... Jadi Rasa Belum Terlambat Kot Saya Ucapkan Salam Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin, Kalau Ada Sebarang Kesalaha, Tersakitkan Hati, Terumpat Dll Dalam Penulisan Saya Harap Dimaafkan... 

                         -=PeaCe WoRld=-
                             #R4BIA
Lawatan Ke Pangkalan TLDM Langkawi. (Pertandingan Memancing)
Assalamualaikum....

Hari ini Sabtu, 6/04/2013 Bersamaan 26 Jamadil Awal 1434 Aku Ikut Sorang sahabat baik aku ni pi ke Pangkalan TLDM (Langkawi) Sebap Ada Member Sorang Lagi Ni Masuk Pertandingan Memancing Yang Dianjurkan Pihak TLDM. Sebelum Nak Pi Sana Kami Dua Orang Ni Berenti Kat Kedai Untuk Tapau Apa Yang Patut Member YAng Sorang Lagi Ni Memang Dah Sampai Seawal Yang Boleh Mungkin Takut Terlepas Penyertaan Kot... Sesampai Ja Di Sana Lolz... Ada Gerai Jualan Makanan Rupanya Buat Penat Tapau Ja... Lepastu Kami Cari Member Yang Sorang Ni... Dah Dapat Ke Belum Pon Kami Tak Tanya... Yang Penting Makan Dulu...

Selang Dalam Beberapa Minit Tengah Ashik Dok Makan Joran Member Dah Mengena... Apa Lagi Pertarungan Pon Bermula La... Ikan Yang Dia Berjaya Naikkan Ialah Ikan Sembilang... Seingat aku Dia Bagi Tau Berat Ikan Tu Dalam 600 ke 700 gram. Boleh Dikatakan Besar Jugak La...

Masa Tu Bukan Pertandingan Memancing Saja Diadakan Tapi Mereka Membuka Lawatan Ke Dalam Kapal Perang Juga.. Apa Lagi Time Lima Tak Sempat.. Time Ni La Amik Peluang... Turut Yang Mengambil Bahagian KD Selangor (Malaysia), Kapal Perang Dari Negara Drunei Darussalam, Dan Thailand.


Habis Buat Lawatan Atas Kapal Lepak Balik Dekat Member Yang Dok Memancing Tadi... Nasib Member Yang Sorang Ni Memang Baik... Cabutan Betuah Dia Dapat... Tersenarai Pulak Ikan Dia Talam Top 10... Dia Mendapat Tempat Ke 8 Dalam PErtandingan tu.... Dah Semua Selesai Hampers dah Dapat Hadiah POn Dah Amik Apa Lagi Tunggu Balik La...

Sekian..........................................................................Peace World













no image
Assalamualaikum...

Setelah sekian lama blog ini tak terupdate sebap takda benda yang aku nak ceritakan... tapi hari ini aku nak luahkan sikit la...

Pada tarikh 1 april 2013 aku dah meletakkan jawatan aku sebagai juruteknik dan Jurujual di sebuah kedai. tindakan yang aku buat ni memang tindakan paling gila... tanpa ada sebarang tawaran kerja. Aku pon tak pasti samaada tindakan yang aku buat ni betul ataupon tak.. tapi benda dah lepas.. terima ja la... Namun ada juga sebap - sebap tertentu yang menyebabkan aku tekat mengambil tindakan ini... Dan sekarang aku masih berusaha untuk mendapatkan kerja yang lebih baik...

Aku harap nanti aku mendapat kerja yang lebih terjamin....
Anak...
Assalamualaikum..
Hari ini 8/2/2013 bersamaan 27 Rabiul Awwal 1434.. Aku dikejutkan oleh mak aku.. suruh bawak anak buah aku pi hospital untuk check kuning... Rasa macam anak sendiri pulak... bukan apa... aku pegang dia masa sampai di Hospital sampai la balik dari Hospital... Habis check nurse tu suruh aku bawak baby ni dengan kadar segera ke Hospital besar Langkawi sebap Kuning dia mencecah 200 lebih... jadi hari ini baby dengan mak dia kena tahan di wad... Harap cepat la hilang kuning dia....

Anak bukan tetamu biasa di rumah kita. Mereka telah dipinjamkan untuk sementara waktu kepada kita dengan tujuan mencintai mereka dan menanamkan nilai-nilai dasar untuk kehidupan masa depan yang akan mereka tempuhi – Dr. James C Dobson

Futsal Banner.....

Klik Gambar Untuk Besar.
Nindia... Banner.. Design mengarut2.... mcam mna komen skit pak su... sblum pos....

Majlis Bersama Rakyat Pulau Tuba Dan Pulau Dayang Bunting.
Assalamualaikum.....
Pada 31 Oktober 2012 Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke Pulau Tuba Sempena Majlis Bersama Rakyat... Sambutan Yang Meriah Diberikan Oleh Penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.

Sebanyak 45 Juta Diperuntukkan Oleh Beliau bagi membina Dua kabel elektrik dasar laut bagi menambah baik kualiti bekalan elektrik di Pulau Tuba. kabel dasar laut sepanjang empat kilometer itu akan dibina merentasi laut dari Pulau Tuba ke Kuah dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang. Selain itu Jambatan sedia ada yang menghubungkan dua buah pulau iaitu Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting Juga akan dibaiki bagi keselesaan penduduk.

Klinik 1Malaysia Yang Dirasmikan Oleh Datuk Seri


Setia Menunggu Kehadiran PM

Warga Pulau Tuba Dan Pulau Dayang Bunting.


Kehadiran Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib

Sayang PM (Anak2 Warga Tuba)


Berbesar Hati Dengan Kehadiran PM

Harap Pulau Tuba Dan Dayang Bunting Lebih Membangun Di Masa Akan Datang


Lepas Rindu A.k.A Memancing Di Pulau Tuba.
Assalamualaikum.... LAma Hirup Udara Pulau Tuba... Sekali dah boleh balik nyaman ja rasa... fuhhh... Dah Alang2 Balik Pulau Tuba.. boleh la Lepas Rindu nak memancing sekali... Best pulak Rasanya Sekali-sekala pi memancing ni... Malam 30/10 tu aku ngan 3 org Bapak Saudara Aku Pi memancing dekat Area Pulau Tuba Jugak.. Naik Perahu... Shahdu... Ditambah Dengan hujan Lebat... Nasib La Tak Ada angin malam tu.. kalau tak.. mau beku kesejukan... Siang Sebelum Pi Memancing Aku Dengan Bapak Saudara Aku yang sama Umur Ngan Aku ni Pi Menjala Udang.. Untuk Dijadikan Umpan.. Banyak Jugak La Kami dapat Udang Tu... Dalam 30 Ekor... Tapi Pak Cik aku Kata Mana Cukup.. Dia Oder Kat Org Kampung seberang.. 80 ekor lagi... Makan Besar la Ikan2 Tu Malam nanti... Sebelah malamnya Aktiviti kami pon bermula... Dari Satu Port Ke Satu Port... Mencari lubuk ikan... Nak Mencari Yang Agak2 Boleh Memuaskan Hati untuk Menaikkan ikan tu... Alhamdulillah.. ada Jugak Rezeki kami malam tu.... Setiap Seorang Mendapat hasil... Heheee... Agak lewat pagi juga la kami memancing... Umpan banyak tak habis.. last2 bawak balik semua umpan tu buat goreng kunyit... pehhh.. sedap.. Kami yg makan besar sebenarnya.. hehee.. Kenangan ini aku abadikan dalam blog ni.... Sekian... -=PeaCe World=-


Muka Ceria Memancing.. ekekee...

On The Sea...





Ambil Udang Hidup...

Bulan Penuh..

Time Balik.. Tambat Perahu Dahulu..
Perjalanan Ke Exam... (Kangar, Perlis)

Assalamualaikum.....

28 September 2012 Aku bertolak dari Langkawi ke Kuala Perlis dengan Feri... (mana ada kenderaan lain selain feri).Lama rasanya aku tak naik feri.. sekali2 naik best la pulak...

aku dah janji ngan member aku.. dia nak mai ambil kat kuala perlis.. dalam proses mengelamun dalam feri tu.. mengantuk + Lapar.. maka keluarlah lagu keroncong by Perut aku... terpaksa tahan ja la.. (itu feri dalam Mana ada jual makanan)

Lebih kurang dalam sejam lebih sampai la aku kat kuala perlis... Aku call member aku.. pehh.. baru nak jalan dari rumah.. makanya menunggu Lagi la aku.. nasib ada pakcik yang aku kenal.. lepak2 dulu dengan depa kat kedai makan Kuala perlis.. siap ada org belanja lagi.. hehee.. Untungkan... Kenduri Jumaat katanya..

dalam setengah jam menunggu member aku sampai.. tanpa buang masa kami teruskan pejalanan ke Rumah Sepupu aku Di Kerpan, Kedah. Sampai kat Rumah member aku pulak nak kena pegi keja.. kalut beliau sebap Tempat keja dia kat Mergong, Alor Setar.. boleh tahan jauh jugak la... Sepupu aku pon baru nak keluar kerja... Apa lagi teruskan Aktiviti bermenung la.. tinggal aku sorang ja... sambil2 menung tu sempat la shot beberapa gabar pakai Hp Mini aku ni.... Buang tension....

Bunga tepi Sungai Umah Sedara Aku

Arnab Peliharaan sedara aku

kawasan Chalet sedara aku

Kawasan reflexology chalet

Comel kan?
Sambil tunggu sepupu aku balik dari kerja aku dah terlelap atas buaian pukat kat luar rumah... malam tu dia ajak aku keluar... aktiviti malam tu Makan, CC, Sembang Lewat mlm baru jugak la perginya... Esok pulak nak exam.. macam takda apa2 pulak...

29 September 2012... Tarihk keramat hahaa... Maka hari yang ditunggu-tunggu pon tiba.. Pagi2 Pekena dulu nasi lemak yang dibeli sedara aku... bertolak dari Kerpan seawal 7.30 pagi ke kangar.. (takut tak sempat) Masih dengan member yang ambil aku haritu... dia hantar aku ke kangar pastu balik kerpan... (member ni wat apa saja untuk aku Tak kisah langsung... Member Aku Sedari Belum mengenali huruf) dalam exam tu aku cuba wat sebaik mungkin...


  • Harap2 Lulus, Doa banyak2 Insyaallah - kata2 semangat dari Bapa Saudara Aku. 
  • Insyaallah ada rezeki nanti ada la... dah buat yang terbaik tawakal ja eh.. - Ungkapan dari seorang Kawan.
  • Good Luck Tau Esok - Wish dari seorang kawan.


Lebih Istimewa DOA Mak Dan AYAH... Menghrapkan anaknya berjaya



Hari Ke Tiga Sudah..
Assalamualaikum... Apa habaq semua.. Rasa bulan ni semua sihat2 saja kot.. Masing-masing bersemangat nak sambut bulan ni kan?? Hahaa.. Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa.. Tak rasa pulak dah tiga hari.. Sat ja.. Hari petama bebuka kat rumah dangan keluarga.. Hari kedua ngan ketiga bebuka kat tempat keja.. Hemm.. Kalau bleh bebuka selalu kat umah kan best.. Huhuu..
Sehari sebelum puasa tu memba aku sorang ni ajak naik gunung raya.. Dia kata tak penah naik.. Sebelum ni ada plan nak naik tapi ujan pulak.. Takmau tangung risiko.. Tapi sari sebelum posa tu plan kami jadi la.. Naik gunung raya.. Lepas-lepas tension yang ada dalam palaotak ni.. Bukan ada apa pon kat atas tu.. Cuma pemandangan dia ja la..



Masuk hari petama kita berpuasa lepak kat umah.. Cuti.. Pastu member aku ajak pi tengok ikan.. Bukan kat sungai no.. Kalau kat sungai kena bawa bekai.. Ekekee.. Kami pi tengok kat kedai ikan.. Nak tengok-tengok dulu.. Klau ada yang bekenan.. Plan nak pi dua kedai.. Sampai kat kedai petama dia dah rambang mata.. Memang tak pa la kedai yang kedua tu.. Kedai petama saja dah abih Rm 17.. Ikan 3 ekoq, bekas, makanan ngan klorin.. Dari nak tangkap ikan guppy last sekali beli.. Benda paling mudah.. Harap lepasni boleh jadi pembekal ikan guppy.. Hahaaa...
                                     
                                                                                           PeaCe FoR LiFe.