Tikaku susuri pantai putihmu,
Menatap hambaran senja,
Ku imbas kelibat yang lalu,
Begitu cepat putaran masa.

Lalu,
Ku katakan pada ombak,
Aku dipersimpangn,
Namun, Ombak tetap menghempas pantai.

Ku Katakan pada ombak,
Aku biarkan waktu berlari meninggalkan diri,
Namun, Ombak tetap menghempas pantai.

Ku Katakan pada ombak,
Akan kegagalanku,
Namun, Ombak tetap menghempas jua.

Kini mengertilah aku,
Mengapa ombak tetap setia mengunjungi pantai,
Walaupun hari berganti minggu, walaupun,
Minggu berganti bulan, walaupun,
Bulan berganti tahun.

Kini aku mengerti,
Setiap persoalan ada penyelesaian.

Cuma satu,
Seringkali kita menempuh laut hidup,
Terpaksa bermaon ombak,
Yang menempatkan kita diputaran gelombang,
Adakalanya kita menangis,
Adakalanya kita merintih,
Adakalanya kita lemas,
Lantaran keperitan yang dialami.

Sesekali,
Ombak juga terasa,
Ingin bersamamu,
Menangisi rimbunan dosa,
Menyesali noda dan nista,
Mentaudhidkan keagungan-Nya.

Agar hidayah menghujani hati,
Moga taufik menyelubungi nurani,
Menyucikan jiwa nan dicemari,
Oleh kerakusan mengejar duniawi.

Kini,
Kita dipisahkan,
Untuk mencari arah persinggahan,
Menyedari arus pelayaran,
Masih jauh dihadapan.

Akhirnya,
Dalam meneruskan hidup ini,
Jangan jadikan ombak sebagai alasan,
Memudarkan iktikadmu pada-Nya,
Kerana kita dan ombak hidup,
Penuh dengan ketidakmengertian.


  • Credit: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/1512-kita-dan-ombak-hidup

No comments